Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu?
Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman,
tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad
lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikut boyfriend.
Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada
fitnah akhir zaman yang paling besar ini.
Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah.
Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan melayu atas alasan keluar dari Islam.
Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.
Setakat kes Aisyah,
dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat?
Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.
Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.
1) Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad
2) Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem
hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?
Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang
terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.
Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak. Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu.
Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal. Masuk ITM dia terlibat
dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu
kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi
keterampilan, dia budak perempuan
Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga.
Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C.
Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997, "Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian."
Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia.
Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa
yang dia
boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk
permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan.
Butir asal permohonan......
Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina
Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah).
Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara
salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan
Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin
timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November
1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala
Lumpur bahagian jenayah.
Sebab yang dia beri, "Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh
Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran
agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam." Perenggan 23: "Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa
saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik".
Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan
menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup
umur
(18tahun) berhak mutlak menukar agamanya.
Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun
1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu
kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara
hukum syara' dengan undang-undang sivil, undang-undang syara' akan
terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi
hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi
parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi....semua tak
termasuk.
Article 4 pula menyatakan: "Mana-mana undang-undang yang bertentangan
yang bercanggah dengan perlembagaan ini
adalah batal dan tidak sah. Ini
termasuklah hukum syara'.
Contoh kes Hartina Haji Kamarudin.
Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa
mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan
anaknya.
Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke
Rumah dalam keadaan Hindu.
Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya
selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di
kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan,Hartina balik ke
restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi. Bukan itu saja.
Anak yang dimanjakan begitu rupa balik
mencabar bapanya, bawa boyfriend
dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-peluk dalam keadaan dia pun
dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk.
Menggelupur dia depan kedai tu.
Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak
pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana
nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.
Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya
menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis
buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan
adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak
kesayangannya
yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula
bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak
sendiri.Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama
Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.
Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu
laknatullah), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu
laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang
negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan.
Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah
hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam
mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.
Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah, nama
asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah. Ada anak
lelaki, nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak
isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata ehe! Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof.
Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci
datang
semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya. Yusof
tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan
perintah penjagaan hak ke atas anaknya.
Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si
emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi
pada si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat nak ambil
balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan
tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah
Alor Setar). Yusof masuk lokap 8 hari.
Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ni, budak
tu kembali
jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi ni,
dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang
dikeluarkan oleh makamah Alor Setar yang diberi pada Yusof.
Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16
Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu
saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak
dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak
dia masuk Islam tak sah.
Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan
warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh
Abas. Terpaksa buat perisytiharan. "Dibawah
Perlembagaan Persekutuan, hak
seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun.
Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh
masuk Islam, berumur 16tahun. dia tak sah peluk Islam." Atas
kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun.
2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia
buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri.
Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun.
Sambil menangis, budak tu kata "Saya yang arif, kekal dalam
agama
saya, saya masih nak nama Nur Aini." Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah
seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5
tuduhan.
Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab
elama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.
Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya
Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana
tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14
Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3
Saudara
kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.
Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana
dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang
Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama
kali.
Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret
di hadapan. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir
akan dibunuh. Amar kata, "Allah hu Ahad". Terus Yasir kena pancung di
padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke
jantung. Mampu berkata "Allah hu Ahad". Berlari Amar menemui
Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut
sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak
Quraisy kafir laknatullah berkuasa.
Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu.Rasullulah tak boleh
buat apa.
Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga
putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis
Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah saudara-saudara
kita yang mati syahid itu.
Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti
Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi
manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid
jelas
pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih
memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan
masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluh terpercik pada dahi
mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara
Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur
mereka bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena engan hati kita. Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita>sendiri. Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.
Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW
berpesan
"Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang
kepada umatku di suatu masa,satu fitnah yang begitu besar yang
datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak".
Sahabat bertanya "Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?" "Fitnah itu
adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu,
pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik." Sahabat
bertanya lagi. "Mengapa begitu ya Rasullullah?" Rasullullah SAW menjawab,
Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia".
Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, "Akan datang fitnah
murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di
malam
gelap."
Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya
keimanan.
Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak
nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah. Belum habis cakap, dah
ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya.
Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan
Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya "International Jew" (tak silap
saya).
Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak.
Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu
ada saham kepada puak
Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya.
Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar.
Yahudi punya kerja. baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang
kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.
Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah
dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke
6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada
ditulis dengan emas di London. Dia berkata: "Kepada semua
pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita
berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada
mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka
dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam)
berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu,
hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan
budaya keatas orang Islam."
Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati. 1942.
kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan ristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani. Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah. Tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Mindanao. Lepas tu kerajaan Islam
Acheh...semuanya satu demi
satu.
Macamana benda ni boleh terjadi?
Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY.
Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam.
Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah
Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan
kari, dia datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap
eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.
Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?
Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian
yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah "garam dan ragi". Garam
sebagai
perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya
ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi
sebenarnya tapai. Maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam.
Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi.
Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam
gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di
malam gelita tu.
Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah
dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan
seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula
oleh
George Peters dalam sebuah buku tahun 40an.
Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita,
berkaitan pendekatan garam dan ragi ". Pendekatan seperti ini tidak memerlukan
seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan
yang dituntut oleh agamanya.
Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam
masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia
akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap.
Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian,
bukannya organisasi. Di rasa kesegarannya, bukan bersikap
kalam.
Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.
Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.
Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi, justeru itu nanti, dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.."
Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak..., Hari ni sapa tak
kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang, kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme.
Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.
Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan email ni kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua.
Akhir sekali, email ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan
semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.
#kawan-kawan yang dikasihi, tolong forwardkan email ini untuk pengetahuan dan tindakan kita semua sebagai orang Islam agar perkara ini boleh dijadikan iktibar dan benteng untuk kita mempertahankan akidah kita yang telah di Islamkan atas tiket keturunan dimana dengan sebab ini kita telahpun mendapat banyak rahmat dan belas ihsan dari Allah tanpa perlu melalui hidup sebagai seorang yang terpesong dari ajaran-Nya dan sentiasa mencari-cari jalan yang betul.
Di harap rahmat Allah dan doa-doa para waliullah dapat melindungi kita sehingga kita kembali ke sisi-Nya. Sementara itu, berhati-hatilah dalam apa jua yang kita lakukan dan sentiasa beringat kepada Allah.
Friday, September 5, 2008
baca jgn x baca...banyak iktibar dlm nie...memang shahdu
Aduh....sakitnyer...isk..... aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh
Nisa pada suaminya Zakri.
"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak
keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak
elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu"
rungut Zakri pd Nisa.
Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam
bilik
bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata
begitu.
Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya.
Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang
memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari
(Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut
kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh
panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi.
Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ..."Come on Nisa u can do it...once
more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan
sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor
Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.
Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan
keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl,
putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's
a
twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya
mendiamkan
diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak.
Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran
anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa
berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya
sebentar tadi.
Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa
tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan
dimarahi
semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania
diletakkan
dinursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah
Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa.
Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa
Nisa
mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang
tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang
tidak
masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua
itu
tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.
Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung
anak
dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa
mengandung.Zakri
ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan
kahwin
dah mengandung...Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan
selepas
berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.
Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila
mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa
dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah
tuduhan
yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa.
"Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka
berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa
pada Zakri .
"Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa
"Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi.
"Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan,Nisakan
isteri Abang yang sah tak kan Nisa nak buat jahat ngan orang lain pulak
Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik
cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil
memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar
sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak
tahu sahaja.
Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada
Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah.
"Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri,
suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau
apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu
opis
ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu"marah Zakri.
"Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh ....heee
teruk.
Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa.
"Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan
perempuan
tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis
macam
tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau
asal
usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak
kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa
pada Zakri.
"Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah
tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap
Nisa sambil menangis.
Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya
apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja.
Zakri
bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut
shif.Kalau
Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30
malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu
perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan
mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian
kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi.
Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi
kadangkala
Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas.
Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa.
Kalau diminta jemput...macam-macam kata kesat dilemparkan pada Nisa,
perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah.
Pernah
suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit
pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan
cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak
layak
jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.
Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi
pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka
tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah
melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa
masih
mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya.
Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan
menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan
menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang
ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi
ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar
bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh
ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut.
Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita
kahwin
mereka bekerja keras kan"kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang
berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut
plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya
bengis
memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku
lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri.
"Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi,
Nisa
cuma nak ingatkan Abang saja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada
Nisa
dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.
Nisa
tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas
kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya."YA ALLAH
kau
kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya
YA
ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding
dan menangis.
Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas
masih lagi dan membengkak...berdenyut2..."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa
membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.
Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok
je...."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah
sebuah café. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa
punya
laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri.
"Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung,
ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri.
"Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus
hati
Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah
dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk
semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau,cuba
fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri.
"Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah
berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba.
"Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal
Zakri,
sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi.
Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab
Zakri.
"Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang
segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........."panggilan
kecemasan dari Doktor Johari
"Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I datang"...tuttttttt. Zakri
menamatkan
perbualannya dengan Doktor Johari.
"Lan. Kau ikut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan.
"Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri.
"Alah jom ler cepat" desak Zakri.
"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak
yang
serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause
sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin
kesan
dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri.
Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah
menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding
sekuatnya...dan
selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk
membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit
kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan
Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta
simpati...tetapi sebaliknya.....Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah
buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil...
"Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu
Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat
katanya
so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya
dan
confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang
kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di
operation
sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan
tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm
really
sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata
Doktor
Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain
lampin baby yang masih baru.
Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap
lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa
pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan
segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di diarinya. Dan Zakri dapati
setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA
ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca
tiap
lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran
diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering...membuat
Zakri
tertarik untuk membacanya...
Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG
TAHUN
PERKAHWINAN YANG PERTAMA"
Assalamualaikum. Abang, Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada
Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga
inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar
menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa.
Abang tak pernah tahu kan... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya
Nisa..
Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti
kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila
Abang
panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu
seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang
dan
tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa?
Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya
Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita
yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang.......Danial dan Dania. Untuk Nisa
tak
perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih
sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian
untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.
Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan
sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah
hadiah
paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang.
Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah
mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa
melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang
seorang.
Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma
menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah
Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan
mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak
kehidupan Nisa yang malang kerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan
dari darah daging Nisa...tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih
sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa
memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama
disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya
seketika
sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa.
Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging
abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun
kita bersama.
Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak
Nisa
supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama
emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang
terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar
kita. Comel anak kita bang...Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata
orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah
Nisa...Ibunya...sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan
Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati
walaupun
Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.
Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.
Ikhlas dari
Nur Nisa
"Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada
Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa
maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping
gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri
mengambilnya.
Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT
NISA
DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN.
SEMOGA
KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA
HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.
Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh
tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap
perlakuannya
terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap
perbuatannya...seperti wayang jelas terpampang... kenapalah sampai begini
jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa.
Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak
terdaya
untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa.
Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam
pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka
Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir
seakan-akan
lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf"
bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta
penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi
ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar
seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh
Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh
perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri.
Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada
neneknya. Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya
termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi
biarlah
kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka.
Amat sedih ketika itu. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan
menangisi
pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya
Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan
kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa
yang
merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan
...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang
mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri
terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium
tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus.
Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa
Putih
bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga
dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH
,Zakri,Zakri
bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat
sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat
emak
dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke
arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara
automatik
kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan
menjagamu
nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak
ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara
Nisa...
Hmmm...sedih ke tak? aku dah terasa lain macam jer. Tapi yang pasti email
ni
aku takkan delete sampai bila bila. Mana la tau boleh dijadikan peringatan
suatu hari nanti.
Moral value cerita ni:
Kalau korang lelaki, and buat camni kat bini, korang ni memang x berhati perut langsung lah...

Subscribe to:
Posts (Atom)