Friday, August 29, 2008

For You

WaNita..

Sikap wanita idaman lelaki
Tentunya yg indah pada pekerti
Nampak lembut cantik peribadi
Wajah berseri tenteramkan hati
Penampilan kemas nampak serasi
Pandai bergaul dan menyesuaikan diri
Ada rasa prihatin dan simpati
Pendek kata semua nampak elok
Sempurna serba-serbi

TAPI...
Tak semestinya indah pada mata
Melambangkan keindahan hati
Nampak lembut peribadi
Tak menjamin lembut pada hati
Pandai bergaul dan sesuaikan diri
Adakah seikhlas hai?
Prihatin dan simpati
kerana ilahi atau ingin
Disanjungi... .. ?

SEDARLA sahabat...
Bukan mudah mencari jodoh yg sejati
Bukankah pandangan mata selalu menipu
Masih ragukah bahawa pandangan akal selalu tersalah
Tidak yakinkah bahawa pandangan nafsu selalu melulu??
Teman hidup penenang hati
Suami/isteri yg soleh/solehah
kasih bersemi kekal abadi
Di Dunia dan AKHIRAT...
AMIN... .

No comments: