1. Bulu kening— Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan  yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu  kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2.  Kaki (tumit kaki)—"Dan janganlah mereka (perempuan)  membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka  sembunyikan." An-Nur: 31. Keterangan: Menampakkan kaki dan  menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.
3.  Wangian— "Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian  kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu  telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." Riwayat  Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada—  "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada  mereka. "An-Nur : 31 
5. Gigi—  "Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan  giginya. "Riwayat At-Thabrani,
"Dilaknat perempuan yang  menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah".  Riwayat Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan  leher— "Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah  kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu." Keterangan:  Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang  menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan  Tangan— "Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai  pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis  yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali  pergelangan tangan dan wajah saja." Riwayat Muslim dan  Bukhari.
8. Tangan— "Sesungguhnya kepala yang  ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis  yang tidak halal baginya". Riwayat At Tabrani dan  Baihaqi.
9. Mata– "Dan katakanlah kepada  perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya."  An Nur : 31. Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu  mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan  seterusnya tidak dibenarkan." Riwayat Ahmad, Abu Daud dan  Tirmidzi.
10. Mulut (suara)- "Janganlah  perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan  orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah  perkataan-perkataan yang baik." Al Ahzab: 32.
Sabda  SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan  yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan  penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi."  Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan- "Dan  katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan  pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka."An Nur :  31.
"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa  di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia  ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." Riwayat Al  Bazzar.
"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya  bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan  Allah." Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12.  Pakaian — "Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan,  maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti."  Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn  Majah.
"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah  perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan  menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan  tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim. 
Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/  membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
"Hai nabi-nabi  katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang  mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang  demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu.  Allah maha pengampun lagi maha penyayang." Al Ahzab :  59.
13. Rambut — "Wahai anakku Fatimah! Adapun  perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam  neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat  oleh lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim.
Friday, August 29, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

No comments:
Post a Comment