Petua Kecantikan  Semula Jadi Petua Cepat Dipinang (Ringan Jodoh)
Hendaklah  dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam  Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali  setiap hari selama tiga hari berturut-turut. Panduan Hari Ini 
Dari Anas r.a. bahawa Nabi s.a.w bersabda  : Tidak (sempurna) iman seorang kamu, sebelum dia menyukai untuk saudaranya  (sesama Islam) apa yang disukainya untuk dirinya sendiri 
Penawar Resdung.
Petua yang paling mudah dan berkesan  ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita  berwuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah  berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka  dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi,  baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja.  Kesannya sungguh menakjubkan.
Melicin dan Memerahkan Kulit Muka 
Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di  sekuruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih.  Amalkan seminggu 2/3 kali.
Menegangkan Kulit Muka
Ambil  tepung ubi kayu dan me ntimun. Timun itu hendaklah disagat/ dihancurkan terlebih  dahulu atau dilumatkan. Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau  rata dan jangan terlalu cair.. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia  kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta  menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar... 
Menghilangkan Cagu
Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg  mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh,  potonglah kuku yg termasuk dalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dgn  menitikkan air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih.
Menyerikan  Wajah
Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang  bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali  sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan berserilah  wajah anda. Selamat mencuba.
Menghaluskan Kulit
Buah toma to  dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada  waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam.  Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit. 
Menghilangkan Bau Badan
Potongkan limau kasturi dan buangkan  bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan  selalu. Badan Ringan Dan Bertenaga Minum air rebusan serai dan halia (yg  dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini  pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu  utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari. 
Melembutkan Rambut.
Ambil secekak kangkung dan bersihkan.  Masukkan dlm bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga  mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan  seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan sela ma dua minggu. 
Merawat Kulit Berkedut
Parutkan sebatang lobak merah yang  telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji  kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari.  Amalkan sehingga berkesan.
Melentikkan Bulu Mata
Ambil daun  lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata Amalkan selalu  hingga bulu mata semakin lentik Menghilangkan Parut Ambil sedikit asam jawa,  kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit ai r. Jgn terlalu cair. Selepas itu,  sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan  pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan  parut.
Melebatkan Rambut
Ambil daun bunga raya yg bersih,  ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur  ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada  rambut anda. Perap dgn tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas  rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu.
Awet Muda 
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan  raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi  Yusuf. Amalkan setiap pagi.
Merawat Senggugut
Ambil segenggam  halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap  barulah diminum dgn dimulai dengan selawat. InsyaAllah, senggugut akan hilang. 
Kulit Cerah dan Licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah  dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan  cerah, licin dan harum.
Rambut Lebat
Setelah selesai makan,  basuh tangan dengan air sehingga bersih. Selawat 3 kali Tangan yg masih basah  itu segera dilap atas rambut
Mengurangkan Dengkur
Tumbuk  lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah  beberapa minit sebelum tidur.
Menghilangkan Ketuat
Sapukan  getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. Titiskan getah itu  kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri. Lakukan beberapa kali. Ketuat  akan mengering dan luruh sendiri.
Mengempiskan  Perut
- Ambil air limau  nipis dan campur dengan kapur sirih. Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian  ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) Jika tidak mahu  bengkung, lumurkan atau sapu dekat perut sahaja, amalkan setiap  malam.
- Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil. Mengelak perut buncit Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.
Mengekalkan Kecantikan
Kalau mahukan wajah sentiasa cantik  amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan,  tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun  minuman. Menghasilkan Kulit Cantik, Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga  dan lobak merah yg telah dihancurkan .
Mengatasi Senggugut 
Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita . Namun terdapat  cara yang senang untuk mengatasi senggugut . Petua ini saya amalkan dan kesannya  memang menakjubkan berkat izin Allah .
- Campurkan halia  yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam. Kuantiti sama banyak antara  kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid.
 Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun . Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan.Tapi kenalah cepat menelannyasebelum ia lembik. Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut. Ini adalah pengalaman saya.
- Setelah saya berada di kampus amat susah bagi saya nak amalkan petua tersebut , tapi saya amalkan minum air suam . Kesannya tanpa sedari dah lama saya tak dapat senggugut. Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang jerawat tiada.
Menyegarkan Mata Gatal dan Letih
Ambil beberapa helai daun  sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air  suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan  berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya. 
Menyegarkan Mata
Ambil timun yg telah dihiris Lekapkan pada  kelopak mata Pejamkan mata utk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya  selepas itu. Menaikkan Seri Muka Basuhkan muka anda dengan menggunakan air  basuhan beras yang ke tiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit.  Merawat Panau Ambil sepotong halia , tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat  berpanau. InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya.
Mengelak Rambut  Gugur
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga  bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam.  Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam  dan berkilat semulajadi.
Mengurangkan Air Pada Faraj
Tumbuk  hingga halus pucuk dan buah manjakani dan hati pinang muda. Gaulkan dengan  minyak minyak bijan dan kemudian kukuskan. Ramuan tersebut hendaklah dimakan  ketika tengah malam
Sihat Tubuh Badan
Setelah solat Subuh,  lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut  (Mandi embun). Geselkan kaki di atas rumput yg masih berembun . 
Melangsingkan Tubuh
Dua biji lobak merah dan sebiji timun  diparut dan diperah airnya. Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga  sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal 
Menghilangkan Parut di Kulit
Tumbuk kulit kayu manis sehingga  lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak  sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg  mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk  menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.
Mengelak  Keguguran Rambut
Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak.  Sapukan ke kulit kepala seeloknya pada waktu malam. amalan ini juga dapat  mencegah kelemumur.
Menghilangkan Bau Ketiak
Amalkan semasa  mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut. Selain itu, setiap kali lepas mandi,  sapu dengan belakang tapak tangan pada bahagian bawah ketiak. 
Menghilangkan Kelemumur
Perahkan air limau purut/nipis di  atas kulit kepala Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam Utk hasil yg baik,  biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua  ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.
Rambut Gugur 
Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas  kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru  kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah. 
Menghilang Sakit Kepala
Ambil daun lemuni (batang yg  lembut sahaja) lebih kurang sekilogram. Masukkan ke dalam sarung bantal dan  tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari dan insyaAllah anda akan  berasa segar dan ringan kepala.
Menghilang Ketumbit Mata 
Gesel 2 batang sudu. Sapukan bahagian yg digesel di tempat ditumbuhi  ketumbit Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.
Menurunkan  Berat Badan
- Ambil 3 sudu  besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air  perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum  sarapan dan sebelum tidur.
- Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais. Amalkan minum selepas makan tengahari atau selepas makan malam.
Mengatasi  Tumit Pecah
Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh.  Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi. 
Awet Muda
- Amalkan memotong  kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain  itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.
- Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.
Mudah  Bangun Pagi
Sebelum tidur, tepuk bantal tiga kali sambil berselawat ke  atas Nabi s.a.w. Niat dalam hati utk bangun pagi Insya-Allah, esok terjaga  dengan sendirinya.
Menghilangkan Jerawat
Campur bedak sejuk  dan asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan dimuka dan di tempat jerawat  Insyaallah, jerawat akan beransur hilang.
Meluruskan Rambut  Kerinting
Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja Campurkan dgn air  limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya  menyerupai krim. Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambut  keseluruhannya. Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dgn  bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus  sedikit demi sedikit.
Menghaluskan Kulit Muka
1. Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. kacau  sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan.  Biarkan ia mengering lebih kurang limabelas minit. Selepas itu barulah dibilas.  
- Didihkan susu segar atau pun susu tepong bercampur air. Biarkan ia sejuk. Lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih. Hilangkan Pecah-pecah Di Tumit Beberapa keping asam gelugur dimasukkan ke dalam baldi yg berisi air suam. Rendamkan kaki anda selama 1/2 jam. Lakukan setiap hari hingga tumit sembuh semula
Memerahkan Bibir
Sapukan madu asli pada bibir tiap2 malam  sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insya allah bibir anda akan merah seperti  memakai gincu.
Memutih dan Mengilatkan Gigi
Ambil beberapa  helai daun kelapa kering. Bakar hingga jadi abu. Gosokkan gigi anda dengan abu  daun kelapa tersebut. Lakukan berulang kali dan insyaallah gigi anda putih  berkilat.
Tegangkan Payudara
Amalkan meminum air kanji (air  didih nasi)sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab. 
Mengembalikan Seri Muka Selepas  Bersalin.
Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya  tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam. Menguatkan Gigi Selepas  membuang air besar, anda berdiri seketika. Kemudian, duduk bertinggung sambil  dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali .Semasa mengetuk paha dengan dua  tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga. Selepas itu, kumur air di mulut  hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka.
Menghilangkan Bau  Mulut
Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang  putih. Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukannya tiga  hari sekali.
Menghilangkan Lebam Mata
Teh uncang yg telah  digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali  seminggu ketika hendak masuk tidur. Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu  Mengandung Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula  timbul. Amalkan selalu.
Mengelak Santau
Untuk mengelakkan  santau melalui makanan, pastikan sebelum menjamah makanan, rasa lelangit kita  dengan lidah. Kalau lelangit tu terasa kesat tanpa rasa geli, jangan makan  makanan/minuman atau pun tutup kedua-dua belah telinga kalau tak dengar bunyi  berdengung, berhati-hatilah dgn keadaan sekeliling. Untuk mengelakkan santau  melaui angin, jangan amalkan tidur bertentangan dengan pintu. 
Meminimakan Gangguan Semasa Tidur
Biasakan bangun awal pada  waktu pagi kerana boleh menyebabkan seseorang itu cepat merasa mengantuk pada  waktu malam. Lakukan senaman kerana ia menjadikan seseorang itu cepat letih dan  mengantuk. Hilangkan segala masalah dengan mempraktikkan hobi anda seperti  membaca, bermain atau berjenaka dengan anak dan isteri. Ingatlah Allah sebelum  tidur dan bertawakal kepadaNya setelah kita yakin dengan segala kerja di siang  hari itu adalah ibadat.
Menghilangkan Sakit Kepala
Ambil  sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang  tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang  tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang.  Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua.
 

No comments:
Post a Comment