19 Keistimewaan Wanita Menurut  Hadis
1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat  penyayang
yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah  SAW
akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada
bapa  dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah  (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki
yang soleh.
3. Barangsiapa yang  menggembirakan anak perempuannya, darjatnya
seumpama orang yang sentiasa  menangis kerana takutkan Allah .Dan
orang yang takutkan Allah SWT akan  diharamkan api neraka ke atas
tubuhnya.
4. Wanita yang tinggal bersama  anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah SAW) di dalam syurga.
5.  Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah
lalu diberikan  kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan
amalan  bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak
lelaki. Maka  barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah
dia memerdekakan anak  Nabi Ismail.
6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
7. Barangsiapa  mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara
perempuan atau dua anak  perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia
bersikap ihsan dalam pergaulan  dengan mereka dan mendidik mereka
dengan penuh rasa takwa serta sikap  bertanggungjawab, maka baginya
adalah syurga.
8. Apabila memanggil akan  dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah
panggilan ibumu terlebih  dahulu.
9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan  sesuatu
daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada  mereka,
maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api  neraka.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan  tertutuplah
pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari  mana-
mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita  yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut,
burung di udara,  malaikat di langit, matahari dan bulan semua
beristighfar baginya selama mana  dia taat kepada suaminya serta
menjaga solat dan puasanya.
12. Aisyah  r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah
yang lebih besar  haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah
SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak  terhadap lelaki?" Jawab
Rasulullah SAW, "Ibunya."
13. Perempuan  apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,
memelihara  kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari
pintu syurga mana  sahaja yang dikehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam  urusan agama, maka
Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu  daripada
suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan  mengandung janin dalam rahimnya,maka
beristighfarlah para malaikat untuknya.  Allah SWT mencatatkan baginya
setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan  menghapuskan darinya 1,000
kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan  mulai sakit hendak bersalin, maka
Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang  yang berjihad pada jalan
Allah.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan  anak, keluarlah dia dari
dosa-dosa seperti keadaan ibunya  melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu  setiap
satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila  semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya
yang sakit, maka  Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70
orang hamba dengan ikhlas  untuk membela agama Allah SWT.
Friday, August 29, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

No comments:
Post a Comment