Bila terbaca ini, rasa insaf sangat2....harap kita semua boleh  bertaubat
sebelum terlewat!!
Sebarkanlahhh walaupun sepotong  ayat,,,,
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra.  berkata:
Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yang ia tidak  biasa
datang
dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi  s.a.w.:
"Mengapa aku melihat kau berubah muka?"
Jawabnya: "Ya  Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah
menyuruh
supaya dikabarkan  penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi
orang
yang mengetahui bahawa  neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur
itu benar, dan siksa Allah itu  terbesar untuk bersuka-suka
sebelum
ia merasa aman daripadanya." Lalu nabi  s. a. w. bersabda: "Ya
Jibrail, jelaskan padaku sifat  Jahannam."
Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka  dinyalakan
selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan  seribu
tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam,  maka
ia
hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi  Allah
yang
mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang  jarum
nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya  kerana
panasnya.
Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu  baju
ahli
neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan  mati
penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yang  mengutus
engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai  yang
disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit,  nescaya
akan
cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yang  mengutus
engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat  tersiksa,
nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur  kerana
sangat
panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi,  dan
minumannya air panas campur nanah, dan  pakaiannya
potongan-potongan
api. Api neraka itu ada tujuh pintu,  tiap-tiap pintu ada
bahagiannya
yang tertentu dari orang laki-laki dan  perempuan."
Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya  bagaikan
pintu-pintu
rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka,  setengahnya
di
bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan  70,000
tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda."
(nota  kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s. a. w.:  "Siapakah penduduk masing-masing
pintu?"
Jawab Jibrail: "Pintu yang  terbawah untuk orang-orang munafik,
dan
orang-orang yang kafir setelah  diturunkan hidangan mukjizat nabi
Isa
a. s. serta keluarga Fir'aun sedang  namanya Al-Hawiyah. Pintu
kedua
tempat orang-orang musyrikin bernama  Jahim, pintu ketiga tempat
orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat  tempat Iblis dan
pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, pintu kelima  orang
yahudi bernama Huthomah." "Pintu ke enam tempat orang  nasara
bernama
Sa'eir."
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah  s. a. w. sehingga
ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke  tujuh?"
Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar  dari
ummatmu
yang sampai mati belum sempat bertaubat." Maka nabi s. a.  w.
jatuh
pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga  Jibrail
meletakkan
kepala nabi s. a. w. di pangkuannya sehingga sedar  kembali dan
sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh  besar
kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat  ku
yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg
berdosa  besar dari ummatmu." Kemudian nabi s. a. w. menangis,
Jibrail juga menangis,  kemudian nabi s. a. w. masuk ke dalam
rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk  sembahyang kemudian
kembali
dan tidak berbicara dengan orang dan bila  sembahyang selalu
menangis
dan minta kepada Allah.
Dari Hadith  Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat
sedangkan kamu tak dapat  bertahan dengan panasnya terik matahari
Ku.
Tahukah kamu bahawa neraka  jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap  tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000  kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai  70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak  mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum  mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70  hasta mengandungi
lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap  pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000  malaikat Mudah-mudahan
dapat
menimbulkan keinsafan kepada kita  semua.
Wallahua'lam.
Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159  :
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah  Kami
turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat,  sesudah
Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci,  mereka
itu
dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.  Dari
Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S.A.W bersabda:  "Sampaikanlah
pesanku biarpun satu ayat".
Kalau kail panjang  sejengkal,
Lautan dalam jangan di duga,
Kalau ikhtiar dakwah tidak  mengekal,
Jangan bermimpi Islam di puja "
Friday, August 29, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

No comments:
Post a Comment