Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan  ke
 dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang  menanggung
 kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.
  "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang
kamu sorokkan di tanganmu?"
  Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya :-
"Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku
telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung  kesakitan
 ini." Balas gadis tadi.
  "Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."
Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi ber
jumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat
 menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga  kerana
 kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana  kekeringan
 sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.
  "Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya
ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda  tersebut
 untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya  ibuku,
 kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya  ibuku
 adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang  taat
 kepada suaminya?
  Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua
benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil  pernah
 disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka  dan
 menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.
  Lalu aku terus mencari ayahku . Rupanya beliau berada di syurga dan sedang
menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari  telaga
 nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan  kuat
 beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang  kehausan
 dan menanggung  azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu  sedangkan di
 dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.
  Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga
telah dilarang oleh Allah SWT dari memberi walau setitik air  kepada
 isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang  dilakukan
 ketika didunia.
  Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas
menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke  neraka.
 Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah  menyambar
 tanganku sehingga melecur.
  Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.
Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang  lebar
 gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir  dipipi.
  Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut
lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah SWT. Jika  sekiranya
 mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi  iktibar
 kepada beliau dan semua umat islam. Lalu berkat kebesaranNya tangan  gadis
 tersebut sembuh.
  Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah
dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan  segala
 dosanya terampun. INSYALLAH"
   "WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA..."
 

No comments:
Post a Comment