Assalaamualaikum...
Buat renungan bersama : Teladan Dari Kisah Hidup Mustafa Kamal Attartuk.
1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
 2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat  pakai tali
 leher
     dan  topi(sesuai dengan kehendak barat). 
 3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau  sendiri
    pernah menari dengan seorang wanita di satu  parti umum yang pertama
    di Ankara. 
 4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju  kalau
     rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian  moden." 
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
 7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri  diubah
     dengan membuang unsur-unsur Arab dan  Parsi. 
 8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan  Turki.
     Hakikatnya mereka diarah mengukir  patung-patung dan tugu-tugunya di
     seluruh bandar  Turki. 
 9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau  dengan
     terang-terangannya mengatakan bahawa agama  harus dipisahkan dengan
     urusan harian dan perlu  dihapuskan untuk kemajuan. 
10.Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11.Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
 12.Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan  undang-undang
     barat. 
 13.Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah  masjid
      dijadikan gereja. 
14.Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
 15.Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak  yatim dan
      fakir miskin. 
16.Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
 17.Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf  Arab
     kepada huruf Latin. 
 18.Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku  peristiwa
     apabila salah seorang askarnya ditanya  "siapa tuhan dan di mana
     tuhan > tinggal?" oleh  kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal
 Atartuk
     adalah tuhan" beliau tersenyum dan  bangga dengan jawapan yang
 diberikan
     oleh askar itu. 
Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan
 Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit  kepada beliau
 sehingga beliau rasa terseksa dan tak  dapat menanggung seksaan dan azab
 yang Allah berikan di  dunia. 
Antaranya ialah :
 1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau  merasa
     gatal-gatal seluruh badan. 
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
 4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga  terpaksa
     diarahkan kepada bomba untuk menyiram  rumahnya 24 jam.
 Pembantu-pembantunya
     juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam  selimut
 untuk menyejukkan beliau. 
 Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak  hilang-hilang. Oleh
 kerana tidak
 tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga  seluruh
 istana
 mendengar  jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan,
 mereka-mereka
 yang bertanggung jawab telah  menghantar beliau ke tengah lautan dan
 diletakkan  dalam
 bot dengan harapan beliau akan merasa  sejuk. 
 Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26  september 1938,
 beliau pengsan selama
 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau  hilang
 ingatan. 
 Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam  dan
 akhirnya meninggal dunia.
 sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan  dan
 menyembahyangkan
 mayat  beliau. 
 Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik  perempuan beliau
 datang meminta
 ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.  Tidak
 cukup dari itu,
 Allah  tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah
 perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam,
 tanah  tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak 
 menerimanya). 
 Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan  dimasukkan ke
 dalam muzium yang diberi
 nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga  tahun
 1953). Selepas 15 tahun
 mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali  lagi
 tak menerimanya. Habis ikhtiar,
 mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan  marmar
 beratnya 44 tan. Mayatnya
 ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan,  ulama-ulama
 sezaman dengan Kamal Atartuk 
 telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi  Allah ini
 tidak menerima Kamal Atartuk!" 
 Dari Abdullah bin 'Amr r.a, Rasulullah saw bersabda :  "Sampaikanlah
 pesanku biarpun satu ayat." 
 Muhasabahlah diri sendiri (yakni diri saya) sebelum muhasabah  diri orang
 lain. Apa yang baik dan benar itu 
 datangnya dari Allah swt. Apa yang salah dan silap itu adalah  dari
 kelemahan manusia itu sendiri. 
Wassalam..
 

No comments:
Post a Comment